Alumni's Trip

Wednesday, February 3, 2010 at 8:25 PM
Date : 16th of March 2010
Venue : Genting Highland
Fee : RM 60 (including food and insurance)
Gather at Perhentian Bas Kajang by 8.30 a.m


For those who are interested to join this trip, please submit you name and IC number in the form given below.


Full Name
Email Address
IC Number
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]



Thank you.

Pengumuman; Perjumpaan AJK Kelab Alumni SAMSMEL 2010

Saturday, January 16, 2010 at 6:10 AM
Hari: Sabtu
Tarikh: 30 Januari 2010
Masa: 9.30 - 2.30pm
Lokasi: Berkumpul di Kompleks PKNS Bangi

Dijemput kepada semua AJK Kelab Alumni SAMSMEL yang telah dilantik untuk menghadiri satu perjumpaan bertujuan membincangkan aktiviti kelab yang sudah sekian lama tertangguh.

Sila berkumpul di Kompleks PKNS Bangi pada hari Sabtu, 30 Januari 2010 pada jam 9.30 pagi dan kita akan bertolak ke lokasi perbincangan yang akan dimaklumkan pada pagi tersebut.

Kepada sesiapa BUKAN AJK tetapi ingin turut serta, kehadiran anda sangat dialu-alukan.
Sila klik di sini untuk terus ke laman Facebook SAMSMEL.

Diari; Perancangan Program Alumni Seterusnya?

at 6:04 AM
Langkawi, Pangkor, Kota Kinabalu, Cameron, Genting ?

Anda tentukan...







Kelab Alumni SAMSMEL memerlukan feedback segera daripada anda agar perancangan rapi dapat dilakukan oleh AJK kelab.
Sekian, terima kasih.

Penutupnya Zaman Itu.

Saturday, December 19, 2009 at 12:57 AM
Salam Mahabbah! Alhamdulillah, lot of praises to Allah. Byk2 kan lah syukur kita kpd Dia setelah kita sm2 berjaya melalui Imtihan SPM 2009 yg baru je berlalu. Insya Allah, jgn putus asa berdoa, sgala usaha kita tidak terhenti pada waktu sebelum2 ni aje, malah lepas ni kita perlu tingkatkan lagi doa dan tawakal setelah kita ikhtiar. Yakinlah, usahamu itu pasti ada balasannya.
pengorbanan besar = hasilnya besar
Tahniah kepada semua ex-senior Samsmel 05-09 kerana berjaya melalui detik2 debaran menghadapi imtihan. Maklumlah, SPM, itu lah memori terakhir kita di zaman persekolahan. Lakukan yang terbaik. Pada ms yg sama, kite kena bersedia, apa yang akan kita hadapi selepas ni akan 1000 kali ganda cabarannya dari segala perit pedih yg kita lalui dulu. Dunia sebenar menanti kita dgn segala duri dan onaknya, serangan nuklear dari pelbagai sudut dan mcm2 lagi dugaan. Bersediakah kita? Tepuk dada, tanya Iman.

Jangan putus asa!
Yakin di hatimu bahawa ada yg menemani setiap langkah!
Pada doa, usaha dan perit pedih yg bakal kita lalui,
Tuhan kira itu semua.

"Apakah mereka merasa diri mereka cukup beriman sedangkan Allah masih belum menguji mereka?"

Dugaan tanda sayang. Tanda iman kita itu perlu ditingkatkan. Ujian itu tarbiyyah Tuhan. Peringatan buat yang terlupa, kadangkala terleka dengan belaian duniawi. Jangan rasa terbeban. Sungguhlah, Tuhan itu menyayangi hmba2 Nya.

"Allah tak akan membebani hamba Nya dgn apa yg tidak mampu ditanggungnya,"
Buat adik2 junior, kami ucapkan, semoga kamu cukup kuat untuk melalui hari2 persekolahan kamu juga. Muhasabahlah diri, buat persediaan untuk melalui hidup yang sebenar. Doakan kami berjaya menempuhi imtihan hidup yang lebih mencabar selepas ini. All the best semua~

Pada kesempatan ini, ucapan istimewa buat semua, Salam Maal Hijrah. Lalui 1431 dgn penuh sedia, kukuhkan benteng dr syaitan dan nafsu, agar lorong kita ke Al-Jannah dipermudahkan Allah hendaknya. Ameen.

RAMADHAN KARIM, ALLAHU AKRAM.

Wednesday, August 26, 2009 at 7:09 AM

Ramadhan is a very important part of every Muslim’s life. Ramadhan is the month of giving and mercy, and during this month Allah blesses the believers with forgiveness and great reward.

This is a time to stop and contemplate, to look inwards and out, it is a time to set our goals. We should ask ourselves what we want to achieve this month, - something we will carry into our futures.

Achievement is accomplished by change. ‘How’ and ‘what’ we change are as important to consider as ‘when’ we change. Ramadhan gives us a huge opportunity to improve ourselves and gain rewards for our actions.

Just consider how precious time is. Our time when used well can gain us much reward, but when wasted we lose something of unimaginable value.

Therefore, whoever is merciful and giving in Ramadhan, Allah will be even more Merciful and Giving towards them and will bestow upon them countless bounties and blessings.
All praises to Allah (SWT), Lord of the worlds. As revealed in the Glorious Qur’an, "Oh you who believe, fasting is prescribed for you as it was prescribed for those who came before you that you may keep your duty to your Lord" 2:185.

There are many actions we can take during the month of Ramadhan which will benefit us immensely. One of these would be to take Sahoor (the pre-dawn meal) as there is great benefit in it. The greatest blessing of Sahoor may be that Allah engulfs those who partake in it with His Forgiveness, showers His Mercy on them, while His angels ask of Him to forgive and pardon them.

Reciting the Quran has much benefit as it was in this blessed month that the Qur’an was revealed to prophet Muhammed (peace be upon him).
"Verily! We have sent you (O Muhammad) with the Truth, a bearer of glad tidings and a warner; and there is not a nation but a warner has passed among them," The Holy Quran (35:24).

"Surely this Qur’an' guides to the way that is straightest and gives good tidings to the believers who do deeds of righteousness, that theirs shall be a great reward.” The Holy Quran (17 : 11).
The importance of the Qur’an cannot be presented in a few words. It is not just another book on the shelf, but it is the words of Allah, speaking to every one of us. It is direct contact with Allah Himself. This is what we should keep in mind when we read the Qur'an or think about it.


The Giving of charity also carries much blessing and the rewards, giving during the holy month will increase your reward immensely. Zakah does not only purify the property of the contributor but also purifies his heart from selfishness and greed.

The following shows us the importance of charity:
The Prophet said:'Charity is a necessity for every Muslim'. He was asked: 'What if a person has nothing?' The Prophet replied: 'He should work with his own hands for his benefit and then give something out of such earnings in charity'. The Companions asked: 'What if he is not able to work?' The Prophet said: 'He should help the poor and needy persons.' The Companions further asked 'What if he cannot do even that?' The Prophet said 'He should urge others to do good'. The Companions said 'What if he lacks that also?' The Prophet said 'They should stop themselves from doing evil. That is also charity.

Charity is not only giving money but following the above example will ensure you are giving charity as well as receiving Allah’s blessing.

Finally here is a simple du’a (supplication) written by Shahid Athar, M. D:
• Give us the knowledge, the skills and the will to serve fellow humans.
• Give us the wisdom to comfort and console all toward peace and harmony.
• Help us to alleviate human sufferings.
• Give us the strength to admit our mistakes, amend our ways, and forgive others.
• Give us the devotion to serve the poor, the hungry, the destitute and the homeless with honour, love, dignity and piety, with patience and tolerance, with knowledge and vigilance, with Thy love in our hearts, compassion for Thy servants and desire for Thy mercy for all those who are instruments of Thy healing. (Amen)

If we look deep into our hearts we can see how blessed we are, with Allah’s blessing and your help Islamic Relief can help others.

Puasa Agama- Agama Lain

at 7:02 AM
Menurut sejarah, amalan puasa muncul serentak dengan kemunculan manusia di muka bumi. Puasa bukan sahaja telah menjadi ibadat kepada umat Islam, malahan ia turut menjadi satu amalan lazim masyarakat bukan Islam termasuk Mesir kuno, Yunani Greek, bangsa Romawi dan China kuno.

Puasa semenjak permulaan sejarah manusia telah diterima sebagai salah satu kaedah mencapai ketinggian darjat disisi-Nya selain bertindak sebagai rawatan atau kaedah bagi jiwa, menghindari kemungkaran.

Bukti yag menunjukkan ibadah puasa telah disyariatkan sebelum kedatangan Islam lagi ialah menerusi al-Quran surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu puasa seperti mana diwajibkan ke atas mereka sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa.”

Ibadah puasa yang telah dilakukan oleh umat terdahulu memiliki empat bentuk utama iaitu:

1. Puasa orang-orang sufi yang dipraktikkan pada setiap hari bertujuan bagi menambahkan pahala.

2. Puasa berbentuk menahan diri daripada berkata-kata seperti yang pernah dipraktikkan oleh kaum Yahudi sebagaimana yang telah dikisahkan di dalam al-Quran: “Jika kamu (Maryam) melihat seorang manusia, maka katakanlah, sesungguhnya aku telah bernazar berpuasa kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusiapun pada hari ini,” (surah Maryam:26)

3. Berpuasa keseluruhan atau sebahagian daripada perbuatan atau bertapa sepertimana yang telah dilakukan oleh penganut Buddha dan sebahagian kaum Yahudi.

4. Ibadah puasa yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t. kepada umat Islam pada setiap kali kedatangan bulan Ramadan. Diriwayatkan dari Abdullah Ibn Umar, beliau mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Islam berdiri di atas lima tingkatan; syahadah iaitu tiada tuhan selain Allah dan Muhammad utusan-Nya, Solat lima waktu, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke Baitullah dan berpuasa di bulan Ramadan.” (sumber-Dewan Asatidz Pesantren Online)

Jelas sekali, walaupun ibadah puasa telahpun dilaksanakan sejak kewujudan manusia lagi, pengisian puasa dari segi syariat dan pengisiannya adalah berbeza-beza.

Menurut “Encyclopedia of Religion”, bangsa sebelum masihi seperti bangsa Rom, Yunani, Mesir Purba, Natches di Amerika Tengah, Hindu dan China turut mengamalkan puasa. Mereka berpuasa sebagai persediaan menyambut perayaan, memuja roh nenek moyang, membersihkan dosa dan persediaan menjadi pemimpin atau ketua agama.

Bangsa Yunani misalnya telah mempelajari kelebihan puasa daripada bangsa Mesir kuno di mana ia dianggap sebagai persiapan awal ketika menghadapi perperangan. Manakala bangsa Rom pula meniru kaedah puasa daripada bangsa Yunani dengan kepercayaan ia boleh menjadi benteng diri dengan kehadiran dua kekuatan sama ada secara fizik mahupun secara metafizik (ketahanan dan kesabaran).


Puasa penganut Yahudi

Penganut Yahudi melaksanakan puasa sebagai reaksi mereka kepada ratapan kesedihan di atas bencana yang menimpa. Mereka mempercayai bahawa dengan puasa, kemurkaan Tuhan dapat diredakan serta dosa mereka dapat diampuni.

Selain itu, ibadah puasa yang dilakukan juga adalah bertujuan mengenang peristiwa kemusnahan Bandar Jerusalem di tangan Nebucednezar II (605-562 SM) putera kepada Nabopelessar, pengasas kerajaan Babylon baru pada tahun 597 SM.

Ada dinyatakan di dalam kitab Taurat bahawa puasa difardukan ke atas penganut Yahudi pada hari yang kesepuluh di bulan yang ketujuh yang dinamakan hari Asyura. Mereka berpuasa siang dan malam.

Dalam “Encyclopedia of Religion” menyatakan penganut Yahudi ortodoks mengamalkan puasa wajib satu hari pada hari “Yom Kippur” (Hari pembersihan dosa) seperti mana yang disuruh oleh “Mosaic Law” (kemungkinan merujuk kitab Taurat Nabi Musa).

Kemudian mereka menambah empat hari lagi, masing-masing satu hari pada bulan Ab, Tammuz, Tebeth dan Tishri mengikut kalendar bulan Yahudi sebagai hari berkabung di atas bencana yang menimpa bangsa Yahudi.

Mengikut encyklopedia itu lagi, terdapat segolongan penganut Yahudi mengamalkan puasa mengikut nabi Yahya, mengamalkan 40 hari puasa nabi Musa, 40 hari puasa Nabi Ilyas dan puasa pada hari Isnin dan Khamis secara sukarela.

Puasa Dalam Agama Kristian

Selepas kematian Nabi Isa, kitab Injil mengalami perubahan besar. Di dalam Bible (New Testament) tidak menyebut secara nyata tentang wajib puasa kepada penganutnya. Menurut “Encyclopedia of America”, pada dua abad pertama sejak kemunculan agama Kristian, puasa dalam agama ini adalah sukarela. Puasa hanya diwajibkan pada abad keempat.
Secara tradisinya, agama Kristian mengkehendaki penganutnya berpuasa 40 hari mulai hari besar “Ash Wednesday” hingga hari perayaan “Easter”, iaitu sebelum perayaan Krismas. Puasa ini dibuat sebagai simbol menghormati kesengsaraan Nabi Isa a.s. yang mengalaminya selama 40 hari. Puasa-puasa tradisi lain ialah puasa pada hari “Rogetion Days”, “Ember Day”, puasa mingguan pada hari Rabu dan Jumaat dan puasa sempena perlantikan paderi dan hari Baptis.

Walau bagaimanapun menurut “Encyclopedia of Britanica”, kedudukan puasa tradisi dalam masyarakat moden Kristian hari ini telah mengalami perubahan besar.

Dalam persidangan Majlis Gereja Vatican 1965 di Rom telah memutuskan mereka hanya perlu berpuasa sebahagian atau pada hakikatnya berpantang dengan tidak makan daging pada hari perayaan “Ash Wednesday” dan hari “Good Friday”. Kelonggaran peraturan itu dibuat sebagai usaha menggalakkan masyarakat Kristian berpuasa.

Menurut “Encyclopedia of Religion”, masyarakat Kristian ortodoks Greek dan Roman Katolik yang suatu ketika dahulu kuat mengamalkan puasa tradisi, kini hanya mengamalkan puasa atau berpantang pada hari “Ash Wednesday” dan “Good Friday” sahaja. Manakala sebahagian besar Gereja-gereja di bawah Mazhab Kristian Protestant hanya menganggap puasa itu adalah hak budi bicara individu untuk mengamalkannya.

Puasa Dalam Agama Lain

Menurut “Encyclopedia of Religion”, walaupun sebahagian besar penganut agama Buddha cenderung berpantang tetapi mereka menganggap puasa sepenuhnya sepanjang hari bukanlah suruhan agama Buddha.

Mengikut ajaran Buddha, mengurangkan makan atau berpantang adalah salah satu dari 13 ajarannya untuk mencapai hidup bahagia. Ajaran ini menyatakan bahawa walaupun mereka berpuasa tetapi mereka boleh makan sekali sehari sebelum waktu tengah hari.

Di kalangan penganut agama Buddha, hanya sami yang taat berpuasa atau berpantang yang menjadi amalan mereka iaitu empat kali dalam sebulan; pada hari-hari pertama, ke sembilan, ke lima belas dan ke dua puluh. Ia dipanggil “uposatha”

Puasa juga dikenal dalam agama-agama penyembah binatang. Ibn an-Nadim dalam bukunya “al-Fahrasat”, sebagaimana dikutip Quraish Shihab dalam “Tafsir al-Mishbah”, menyebutkan agama para penyembah binatang berpuasa tiga puluh hari dalam setahun, beserta puasa sunat sebanyak 16 hari atau 27 hari. Mereka menjalani ibadah puasa sebagai penghormatan kepada bulan, juga kepada planet Marikh yang mana dalam kepercayaan mereka sebagai ‘bintang nasib’ selain kepada matahari.

Selain itu, puasa dalam agama Hindu, Confusius, Tao dan ajaran kuno lain mengamalkan puasa sebagai suatu kaedah pemujaan roh nenek moyang. Puasa mereka lebih bersifat berpantang dengan tidak makan daging atau dibenarkan makan sekali sehari (Ghafani Awang Teh).

Ibadah puasa yang dijalankan sangat berbeza dengan ibadah puasa yang difardukan kepada umat Islam yang telah disyariatkan kepada Rasulullah s.a.w. pada bulan Syaaban di tahun kedua hijrah Baginda ke Madinah. Pada masa itu, Baginda telah menyebarkan seruan Allah s.w.t. tentang kewajipan berpuasa di bulan Ramadan sepertimana firman-Nya yang bermaksud:

“(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil). Kerana itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barang siapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain.

Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.” ( al-Baqarah:185)

Kebangkitan Islam 500 tahun selepas Nabi Isa a.s. telah melengkapkan sejarah puasa itu sendiri sebagai suatu kaedah penyucian diri jiwa dan raga bagi manusia. ibadah puasa juga dilihat sebagai suatu kaedah penyatuan dan tingkat ketakwaan kepada Maha Pencipta.

Ibadah puasa yang telah disyariatkan kepada seluruh umat Islam adalah jauh berbeza dengan amalan puasa yang diamalkan oleh umat agama lain di dunia. Ibadah puasa yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t. kepada hamba-hamba-Nya ini bukan kerana bagi memperingati sesuatu peristiwa atau sebagai persembahan kepada roh nenek moyang.

Ibadah puasa umat Islam pada setiap bulan Ramadan adalah sebagai tujuan melatih hamba-hamba-Nya supaya bertakwa seperti firman-Nya yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu puasa seperti mana diwajibkan ke atas mereka sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa.” (al-Baqarah:183)

Hikmah puasa telah banyak diteliti para ulama dan ilmuwan, dari para ahli syariat dan keagamaan Islam hingga ke para ahli psikologi dan perubatan terbukti mempunyai nilai kebaikan yang unggul kepada diri. Semasa berpuasa, kita bukan sahaja disuruh menahan diri daripada makan dan minum tetapi juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, berkata-kata yang sia-sia, dan daripada bertengkar atau bergaduh Puasa merupakan medan latihan kesabaran, kejujuran dan bertolak ansur sesama sendiri.

Justeru, secara tidak langsung, puasa juga menolong menanam sikap yang baik dan berbudi.

Dan puasa yang dijalani dengan bersungguh-sungguh dan bertawaduk, sifat-sifat sedemikian secara langsung akan melahirkan umat yang bertakwa kepada-Nya seperti firman-Nya: “Mudah-mudahan kamu bertakwa".

Undur Selangkah dan Nilai Diri Kita.

Saturday, July 11, 2009 at 1:01 PM
Salam Ukhuwah buat semua... hmm. memandangkan suasana dan keadaan remaja di sekeliling kita kian parah... ana teringin nak share artikel ini dengan para senior SAMSMEL dan pengunjung setia blog ni.. couple? bercinta? hmm...

Bagaimana kita mahu menasihatkan mad’u (ahli usrah) kita yang bercinta?” Satu soalan diberikan kepada ahli panel forum. Saya hanya duduk di belakang dewan memerhatikan sahaja gelagat si penyoal.
“Ada seorang rakan yang saya kenal di kampus. Aktif dalam gerakan dakwah tetapi dalam masa yang sama dia juga bercinta dengan seorang perempuan. Cuma selalunya hanya berjumpa apabila ada meeting, atau pun chatting di Yahoo Messenger dan sms…” Seorang lagi peserta bangun bercerita pengalamannya pula. Juga tentang cinta.

Masa remaja tentunya masa yang penuh dengan gelora perasaan kerana ia merupakan transisi menuju dewasa. Tidak kiralah mereka itu aktivis dakwah atau pun tidak kerana perasaan ingin menyayangi dan disayangi itu adalah fitrah. Tumbuh secara semula jadi dalam diri.
Semua manusia pasti ada perasaan tersebut. Mulanya hanya berjumpa sewaktu meeting, bekerjasama dalam program dakwah dan tarbiyah dan kemudian mulalah kerap sms bertanya khabar.

Lawan Vs Kawal
“Kamu perlu lawan perasaan itu.” Kata seorang naqib sewaktu saya di sekolah dahulu.

Lawan? Kerana lawanlah perasaan tersebut dipendam-pendam. Akhirnya membuak-buak dan pecah. Lalu langsung tidak terkawal apabila di universiti. Itulah yang terjadi kepada beberapa orang rakan saya… Dan juga senior termasuk naqib saya itu.

Sudah beberapa kali saya terserempak dengan beberapa senior sekolah lama saya yang merangkap ketua pelajar mahupun naqib, kini keluar berdua-duaan dengan pasangan.

“Eh, abang dah berkahwin ke? Tak jemput ana pun.” Sengaja saya mengusik. Tersipu-sipu malu mukanya.

“Belum lagi.” Jawabnya ringkas.

Perasaan cinta
bukan perlu dilawan. Mengapa perlu dilawan perkara yang sudah menjadi fitrah? Tetapi perasaan cinta itu perlu dikawal. Disalurkan ke tempat yang betul. Dikawal supaya tidak melampau batas-batas yang telah ditetapkan Tuhan.

“Sudah ada ikatan yang sah belum? Jika belum ada cepat-cepat mengikat dengan cara yang sah dan terbaik. Jika masih lama lagi waktunya untuk mengikat hubungan, maka seeloknya berhentikanlah dahulu. Takut-takut nanti jadi jemu dan akhirnya berpisah begitu sahaja. Sekurang-kurangnya bertunanglah…”
Seorang ustaz saya ada menasihatkan, “Siapa kata bertunang tidak boleh berkenal-kenalan dengan pasangan kita itu? Waktu pertunanganlah waktu untuk kita berkenal-kenalan. Islam menyuruh kita memilih pasangan yang sesuai dengan diri kita sebelum kita menikahinya.”

Over Rate Diri Sendiri

“Saya ada menyukai seseorang, dan kami telah berkenalan agak lama. Cuma sekarang saya rasa serba salah. Adakah cara kami ini salah atau betul?” Seorang rakan menyoal saya. Dan saya mengenalinya sebagai orang kuat dalam satu persatuan agama di kampus.
“Apa cara yang kamu rasa salah atau betul itu?” Saya kembali menyoal.
“Kami tidaklah kerap berjumpa seperti pasangan lain. Kalau berjumpa pun akan ada seseorang menemani. Kami cuma kerap berhubung melalui sms. Itupun sms kami selalunya berkaitan persoalan agama.” Dia cuba menerangkan.

Saya menarik nafas panjang. Kemudian melepaskannya perlahan-lahan. Dalam hati ingin saja berkata, ’Saya bukanlah seorang yang selalu pergi ceramah agama berbanding dia. Lagikan pula memberi ceramah sana-sini seperti dia. Tetapi tahu jugalah sikit-sikit tentang persoalan ikhtilat(pergaulan) antara lelaki dan perempuan.’
“Dalam diri kita ini tidak kiralah siapa pun, ada satu sifat over rate diri sendiri. Tidak kiralah saya atau pun kamu, turut ada sifat itu.” Saya cuba memulakan penerangan. Berhenti seketika.
“Apa maksud sifat over rate itu?” Belum sempat saya meneruskan, dia menyoal.

“Sifat ini yang membuatkan kita merasakan apa yang kita buat nampak macam betul. Sedangkan bila kita tengok orang lain buat, nampak macam salah. Walhal perbuatan tersebut lebih kurang sama sahaja. Itu yang menyebabkan selalu saya lihat hari itu si dia pergi menegur sepasang remaja yang duduk bersembang, tetapi esoknya saya lihat dia pula berjumpa dengan pasangannya.
Kemudian siap bersembang dalam sms ataupun chatting di YM agak lama. Cuma nampak sahaja seperti lebih baik, tetapi maksud dan tujuannya tetap sama. Tetap dalam bahasa yang selalu kita panggil sebagai ’couple’. Ini kerana kita merasakan diri sendiri itu sudah terlalu baik, jadi apa sahaja yang dibuat dirasakan sebagai tindakan yang betul.” Saya cuba menerangkan sebaik mungkin.

Dia kemudian meminta diri daripada saya. Entah dapat menerima kata-kata saya sebentar tadi ataupun tidak.

Saya bukanlah melarang perbincangan agama melalui sms dan chatting di YM. Perkara yang elok mengapa perlu dihalang. Tetapi perlulah dikawal. Seeloknya bertanya dahulu dengan ustaz atau ustazah, sekiranya tidak berkemampuan bertanyalah kepada rakan yang sejantina terlebih dahulu. Jika tidak dapat juga, barulah bertanya kepada yang berlainan jantina.
Bukanlah salah kalau ia satu keperluan tapi takut-takut kita sengaja cuba mencari ’alasan’ dengan mengadakan perbincangan agama supaya dapat berhubung dengan si dia.

Hijab dan Wanita Dakwah

Hijab ertinya tirai atau dinding. Memisahkan antara sesuatu dengan sesuatu. Dalam maksud yang lain juga bermakna perselindungan wanita dalam Islam daripada lelaki yang bukan muhrimnya.
Islam membentuk satu peraturan hijab, melatih manusia untuk mendisiplinkan kecenderungan diri mereka terhadap jenis yang berlawan dengan mereka. Agar kecenderungan ini disalurkan melalui jalan-jalan yang halal.

Hijab bukan hanya terbatas kepada perintah untuk wanita menutup kepala dan muka mereka sahaja. Tetapi ia juga adalah panduan bagi lelaki dan perempuan dalam kehidupan bermasyarakat.
Tidak guna rasanya jika seseorang perempuan itu memakai tudung labuh dan purdah tetapi masih juga melakukan hal-hal yang tidak sepatutnya. Apabila ada persoalan yang tidak dapat terjawab terus mencari ’lelaki yang disukainya’ untuk bertanyakan soalan.”
Jika seseorang itu merasakan dia sudah memiliki nilai-nilai akhlak yang baik tetapi meninggalkan aspek hijab dalam pakaiannya, maka ini adalah satu kekeliruan yang besar.

Contohnya seseorang itu telah banyak menunaikan solat fardu dan sunat, malah sudah banyak kali menunaikan haji. Bolehkah dia meninggalkan solat Subuh walau sekali? Tentu sekali tidak. Dalam Islam tidak ada konsep ’sekiranya sudah melaksanakan perkara yang wajib, boleh menggugurkan perkara wajib yang lain’.
Samalah halnya dengan jika seseorang sudah menutup aurat sepenuhnya tetapi masih juga melanggar batas-batas pergaulan. Bagi mereka yang mungkin pernah punya kisah 'silam', ingatlah, sebaik-baik pelaku dosa ialah mereka yang
segera bertaubat.