RAMADHAN KARIM, ALLAHU AKRAM.

Wednesday, August 26, 2009 at 7:09 AM

Ramadhan is a very important part of every Muslim’s life. Ramadhan is the month of giving and mercy, and during this month Allah blesses the believers with forgiveness and great reward.

This is a time to stop and contemplate, to look inwards and out, it is a time to set our goals. We should ask ourselves what we want to achieve this month, - something we will carry into our futures.

Achievement is accomplished by change. ‘How’ and ‘what’ we change are as important to consider as ‘when’ we change. Ramadhan gives us a huge opportunity to improve ourselves and gain rewards for our actions.

Just consider how precious time is. Our time when used well can gain us much reward, but when wasted we lose something of unimaginable value.

Therefore, whoever is merciful and giving in Ramadhan, Allah will be even more Merciful and Giving towards them and will bestow upon them countless bounties and blessings.
All praises to Allah (SWT), Lord of the worlds. As revealed in the Glorious Qur’an, "Oh you who believe, fasting is prescribed for you as it was prescribed for those who came before you that you may keep your duty to your Lord" 2:185.

There are many actions we can take during the month of Ramadhan which will benefit us immensely. One of these would be to take Sahoor (the pre-dawn meal) as there is great benefit in it. The greatest blessing of Sahoor may be that Allah engulfs those who partake in it with His Forgiveness, showers His Mercy on them, while His angels ask of Him to forgive and pardon them.

Reciting the Quran has much benefit as it was in this blessed month that the Qur’an was revealed to prophet Muhammed (peace be upon him).
"Verily! We have sent you (O Muhammad) with the Truth, a bearer of glad tidings and a warner; and there is not a nation but a warner has passed among them," The Holy Quran (35:24).

"Surely this Qur’an' guides to the way that is straightest and gives good tidings to the believers who do deeds of righteousness, that theirs shall be a great reward.” The Holy Quran (17 : 11).
The importance of the Qur’an cannot be presented in a few words. It is not just another book on the shelf, but it is the words of Allah, speaking to every one of us. It is direct contact with Allah Himself. This is what we should keep in mind when we read the Qur'an or think about it.


The Giving of charity also carries much blessing and the rewards, giving during the holy month will increase your reward immensely. Zakah does not only purify the property of the contributor but also purifies his heart from selfishness and greed.

The following shows us the importance of charity:
The Prophet said:'Charity is a necessity for every Muslim'. He was asked: 'What if a person has nothing?' The Prophet replied: 'He should work with his own hands for his benefit and then give something out of such earnings in charity'. The Companions asked: 'What if he is not able to work?' The Prophet said: 'He should help the poor and needy persons.' The Companions further asked 'What if he cannot do even that?' The Prophet said 'He should urge others to do good'. The Companions said 'What if he lacks that also?' The Prophet said 'They should stop themselves from doing evil. That is also charity.

Charity is not only giving money but following the above example will ensure you are giving charity as well as receiving Allah’s blessing.

Finally here is a simple du’a (supplication) written by Shahid Athar, M. D:
• Give us the knowledge, the skills and the will to serve fellow humans.
• Give us the wisdom to comfort and console all toward peace and harmony.
• Help us to alleviate human sufferings.
• Give us the strength to admit our mistakes, amend our ways, and forgive others.
• Give us the devotion to serve the poor, the hungry, the destitute and the homeless with honour, love, dignity and piety, with patience and tolerance, with knowledge and vigilance, with Thy love in our hearts, compassion for Thy servants and desire for Thy mercy for all those who are instruments of Thy healing. (Amen)

If we look deep into our hearts we can see how blessed we are, with Allah’s blessing and your help Islamic Relief can help others.

Puasa Agama- Agama Lain

at 7:02 AM
Menurut sejarah, amalan puasa muncul serentak dengan kemunculan manusia di muka bumi. Puasa bukan sahaja telah menjadi ibadat kepada umat Islam, malahan ia turut menjadi satu amalan lazim masyarakat bukan Islam termasuk Mesir kuno, Yunani Greek, bangsa Romawi dan China kuno.

Puasa semenjak permulaan sejarah manusia telah diterima sebagai salah satu kaedah mencapai ketinggian darjat disisi-Nya selain bertindak sebagai rawatan atau kaedah bagi jiwa, menghindari kemungkaran.

Bukti yag menunjukkan ibadah puasa telah disyariatkan sebelum kedatangan Islam lagi ialah menerusi al-Quran surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu puasa seperti mana diwajibkan ke atas mereka sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa.”

Ibadah puasa yang telah dilakukan oleh umat terdahulu memiliki empat bentuk utama iaitu:

1. Puasa orang-orang sufi yang dipraktikkan pada setiap hari bertujuan bagi menambahkan pahala.

2. Puasa berbentuk menahan diri daripada berkata-kata seperti yang pernah dipraktikkan oleh kaum Yahudi sebagaimana yang telah dikisahkan di dalam al-Quran: “Jika kamu (Maryam) melihat seorang manusia, maka katakanlah, sesungguhnya aku telah bernazar berpuasa kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusiapun pada hari ini,” (surah Maryam:26)

3. Berpuasa keseluruhan atau sebahagian daripada perbuatan atau bertapa sepertimana yang telah dilakukan oleh penganut Buddha dan sebahagian kaum Yahudi.

4. Ibadah puasa yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t. kepada umat Islam pada setiap kali kedatangan bulan Ramadan. Diriwayatkan dari Abdullah Ibn Umar, beliau mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Islam berdiri di atas lima tingkatan; syahadah iaitu tiada tuhan selain Allah dan Muhammad utusan-Nya, Solat lima waktu, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke Baitullah dan berpuasa di bulan Ramadan.” (sumber-Dewan Asatidz Pesantren Online)

Jelas sekali, walaupun ibadah puasa telahpun dilaksanakan sejak kewujudan manusia lagi, pengisian puasa dari segi syariat dan pengisiannya adalah berbeza-beza.

Menurut “Encyclopedia of Religion”, bangsa sebelum masihi seperti bangsa Rom, Yunani, Mesir Purba, Natches di Amerika Tengah, Hindu dan China turut mengamalkan puasa. Mereka berpuasa sebagai persediaan menyambut perayaan, memuja roh nenek moyang, membersihkan dosa dan persediaan menjadi pemimpin atau ketua agama.

Bangsa Yunani misalnya telah mempelajari kelebihan puasa daripada bangsa Mesir kuno di mana ia dianggap sebagai persiapan awal ketika menghadapi perperangan. Manakala bangsa Rom pula meniru kaedah puasa daripada bangsa Yunani dengan kepercayaan ia boleh menjadi benteng diri dengan kehadiran dua kekuatan sama ada secara fizik mahupun secara metafizik (ketahanan dan kesabaran).


Puasa penganut Yahudi

Penganut Yahudi melaksanakan puasa sebagai reaksi mereka kepada ratapan kesedihan di atas bencana yang menimpa. Mereka mempercayai bahawa dengan puasa, kemurkaan Tuhan dapat diredakan serta dosa mereka dapat diampuni.

Selain itu, ibadah puasa yang dilakukan juga adalah bertujuan mengenang peristiwa kemusnahan Bandar Jerusalem di tangan Nebucednezar II (605-562 SM) putera kepada Nabopelessar, pengasas kerajaan Babylon baru pada tahun 597 SM.

Ada dinyatakan di dalam kitab Taurat bahawa puasa difardukan ke atas penganut Yahudi pada hari yang kesepuluh di bulan yang ketujuh yang dinamakan hari Asyura. Mereka berpuasa siang dan malam.

Dalam “Encyclopedia of Religion” menyatakan penganut Yahudi ortodoks mengamalkan puasa wajib satu hari pada hari “Yom Kippur” (Hari pembersihan dosa) seperti mana yang disuruh oleh “Mosaic Law” (kemungkinan merujuk kitab Taurat Nabi Musa).

Kemudian mereka menambah empat hari lagi, masing-masing satu hari pada bulan Ab, Tammuz, Tebeth dan Tishri mengikut kalendar bulan Yahudi sebagai hari berkabung di atas bencana yang menimpa bangsa Yahudi.

Mengikut encyklopedia itu lagi, terdapat segolongan penganut Yahudi mengamalkan puasa mengikut nabi Yahya, mengamalkan 40 hari puasa nabi Musa, 40 hari puasa Nabi Ilyas dan puasa pada hari Isnin dan Khamis secara sukarela.

Puasa Dalam Agama Kristian

Selepas kematian Nabi Isa, kitab Injil mengalami perubahan besar. Di dalam Bible (New Testament) tidak menyebut secara nyata tentang wajib puasa kepada penganutnya. Menurut “Encyclopedia of America”, pada dua abad pertama sejak kemunculan agama Kristian, puasa dalam agama ini adalah sukarela. Puasa hanya diwajibkan pada abad keempat.
Secara tradisinya, agama Kristian mengkehendaki penganutnya berpuasa 40 hari mulai hari besar “Ash Wednesday” hingga hari perayaan “Easter”, iaitu sebelum perayaan Krismas. Puasa ini dibuat sebagai simbol menghormati kesengsaraan Nabi Isa a.s. yang mengalaminya selama 40 hari. Puasa-puasa tradisi lain ialah puasa pada hari “Rogetion Days”, “Ember Day”, puasa mingguan pada hari Rabu dan Jumaat dan puasa sempena perlantikan paderi dan hari Baptis.

Walau bagaimanapun menurut “Encyclopedia of Britanica”, kedudukan puasa tradisi dalam masyarakat moden Kristian hari ini telah mengalami perubahan besar.

Dalam persidangan Majlis Gereja Vatican 1965 di Rom telah memutuskan mereka hanya perlu berpuasa sebahagian atau pada hakikatnya berpantang dengan tidak makan daging pada hari perayaan “Ash Wednesday” dan hari “Good Friday”. Kelonggaran peraturan itu dibuat sebagai usaha menggalakkan masyarakat Kristian berpuasa.

Menurut “Encyclopedia of Religion”, masyarakat Kristian ortodoks Greek dan Roman Katolik yang suatu ketika dahulu kuat mengamalkan puasa tradisi, kini hanya mengamalkan puasa atau berpantang pada hari “Ash Wednesday” dan “Good Friday” sahaja. Manakala sebahagian besar Gereja-gereja di bawah Mazhab Kristian Protestant hanya menganggap puasa itu adalah hak budi bicara individu untuk mengamalkannya.

Puasa Dalam Agama Lain

Menurut “Encyclopedia of Religion”, walaupun sebahagian besar penganut agama Buddha cenderung berpantang tetapi mereka menganggap puasa sepenuhnya sepanjang hari bukanlah suruhan agama Buddha.

Mengikut ajaran Buddha, mengurangkan makan atau berpantang adalah salah satu dari 13 ajarannya untuk mencapai hidup bahagia. Ajaran ini menyatakan bahawa walaupun mereka berpuasa tetapi mereka boleh makan sekali sehari sebelum waktu tengah hari.

Di kalangan penganut agama Buddha, hanya sami yang taat berpuasa atau berpantang yang menjadi amalan mereka iaitu empat kali dalam sebulan; pada hari-hari pertama, ke sembilan, ke lima belas dan ke dua puluh. Ia dipanggil “uposatha”

Puasa juga dikenal dalam agama-agama penyembah binatang. Ibn an-Nadim dalam bukunya “al-Fahrasat”, sebagaimana dikutip Quraish Shihab dalam “Tafsir al-Mishbah”, menyebutkan agama para penyembah binatang berpuasa tiga puluh hari dalam setahun, beserta puasa sunat sebanyak 16 hari atau 27 hari. Mereka menjalani ibadah puasa sebagai penghormatan kepada bulan, juga kepada planet Marikh yang mana dalam kepercayaan mereka sebagai ‘bintang nasib’ selain kepada matahari.

Selain itu, puasa dalam agama Hindu, Confusius, Tao dan ajaran kuno lain mengamalkan puasa sebagai suatu kaedah pemujaan roh nenek moyang. Puasa mereka lebih bersifat berpantang dengan tidak makan daging atau dibenarkan makan sekali sehari (Ghafani Awang Teh).

Ibadah puasa yang dijalankan sangat berbeza dengan ibadah puasa yang difardukan kepada umat Islam yang telah disyariatkan kepada Rasulullah s.a.w. pada bulan Syaaban di tahun kedua hijrah Baginda ke Madinah. Pada masa itu, Baginda telah menyebarkan seruan Allah s.w.t. tentang kewajipan berpuasa di bulan Ramadan sepertimana firman-Nya yang bermaksud:

“(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil). Kerana itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barang siapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain.

Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.” ( al-Baqarah:185)

Kebangkitan Islam 500 tahun selepas Nabi Isa a.s. telah melengkapkan sejarah puasa itu sendiri sebagai suatu kaedah penyucian diri jiwa dan raga bagi manusia. ibadah puasa juga dilihat sebagai suatu kaedah penyatuan dan tingkat ketakwaan kepada Maha Pencipta.

Ibadah puasa yang telah disyariatkan kepada seluruh umat Islam adalah jauh berbeza dengan amalan puasa yang diamalkan oleh umat agama lain di dunia. Ibadah puasa yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t. kepada hamba-hamba-Nya ini bukan kerana bagi memperingati sesuatu peristiwa atau sebagai persembahan kepada roh nenek moyang.

Ibadah puasa umat Islam pada setiap bulan Ramadan adalah sebagai tujuan melatih hamba-hamba-Nya supaya bertakwa seperti firman-Nya yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu puasa seperti mana diwajibkan ke atas mereka sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa.” (al-Baqarah:183)

Hikmah puasa telah banyak diteliti para ulama dan ilmuwan, dari para ahli syariat dan keagamaan Islam hingga ke para ahli psikologi dan perubatan terbukti mempunyai nilai kebaikan yang unggul kepada diri. Semasa berpuasa, kita bukan sahaja disuruh menahan diri daripada makan dan minum tetapi juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, berkata-kata yang sia-sia, dan daripada bertengkar atau bergaduh Puasa merupakan medan latihan kesabaran, kejujuran dan bertolak ansur sesama sendiri.

Justeru, secara tidak langsung, puasa juga menolong menanam sikap yang baik dan berbudi.

Dan puasa yang dijalani dengan bersungguh-sungguh dan bertawaduk, sifat-sifat sedemikian secara langsung akan melahirkan umat yang bertakwa kepada-Nya seperti firman-Nya: “Mudah-mudahan kamu bertakwa".