Program Alumni di Taman Botani, Putrajaya.

Friday, June 12, 2009 at 5:22 AM

Bismillahirrahmanirrahim.
A lot of praises to The Lord, Allah The Merciful.

Program yang dirancangkan oleh Kelab Alumni SAMSMeL buat sekian kalinya berjaya dilaksanakan sekali lagi. Lokasi yang telah dipilih pada kali ini ialah Taman Botani, Putrajaya.
Tahniah diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa yang telah bekerjasama melibatkan diri dalam perancangan aktiviti dan memastikan semuanya berjalan seperti yang dirancang.
Terima kasih juga kepada semua ahli kelab ini yang sudi hadir untuk memeriahkan lagi program tersebut. Tidak lupa kepada Ustaz Mohd. Fadzil Ibrahim yang sudi bersama kami memeriahkan program ini.

Walaupun aktivitinya agak ringkas dan bilangan ahli yang hadir kali ini tidak seramai seperti kehadiran pada program yang lalu namun kemeriahannya masih jelas terasa.Pertemuan semula ini mewujudkan bibit-bibit keceriaan walaupun masing-masing telah jauh terpisah mencari mutiara ilmu. Nyatalah ukhuwah itu bukan hanya bila dekat bersama, tapi masih terzahir walau jauh di mata. Setelah perbincangan aktiviti diadakan dan jamuan ringan selesai, kami saling berbicara dan berbual ceria. Terlakar lagi kenangan di wajah-wajah
Generasi Islam yang bakal bercahaya ini. Insya-Allah.

Akhirulkalam, semoga program ini mampu menjadi satu wadah bagi Senior-senior SAMSMEL untuk terus menjalinkan silaturrahim walaupun telah berpisah.

Biar jauh di mata, asal dekat di hati.

Perbincangan Aktiviti

Tram di Taman Botani



Tekun mendengar~



Sekian, Wassalam.

Announcement~

Thursday, June 4, 2009 at 4:13 AM

Program di Teratak Hijaz DIBATALKAN. Sebaliknya telah digantikan dengan program di TAMAN BOTANI, PUTRAJAYA. Bayaran RM 15.Diharap semua pelajar samsmel batch 92 dapat memberi KOMITMEN.Sekian~

HARI KHAMIS 11/06/2009
9.00 pagi- Pelajar Berkumpul di Taman Botani, Putrajaya
10.00 pagi-Aktiviti di Taman Botani
11.30 pagi-Aktiviti Bebas Sekitar Taman Botani
2.00 ptg- Makan
2.30 ptg- Bersurai